PERIBAHASA
Peribahasa
|
Maksud
Peribahasa
|
Ada
hati
|
Keinginan
|
Alah
bisa tegal biasa
|
Segala
kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
|
Alang-alang
mandi biar basah
|
Jika
mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
|
Ambil
berat
|
Memberikan
perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
|
Ambil
langkah
|
Mula
hendak bertindak
|
Anak
buah
|
Orang
yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab
seseorang
|
Anak
emas
|
Anak
abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan
diberikan layanan istimewa.
|
Asam
garam
|
Berbagai-bagai
pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka)
|
Bagai
anjing buruk kepala
|
Orang
yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga
|
Bagai
bulan dipagari bintang
|
Kecantikan
makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.
|
Bagai
bulan empat belas
|
Peri
keelokan muka perempuan
|
Bagai
cincin dengan permata
|
Sama
padan, cocok benar
|
Bagai
layang-layang putus tali
|
Sudah
putus harapan
|
Bagai
minyak dengan air
|
Orang
bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
|
Bagai
murai dicabut ekor
|
Perempuan
yang suka bercakap banyak
|
Bagai
pucuk dilancarkan
|
Sangat
laju atau luncur perginya
|
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya
|
Anak
itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
|
Baik
berjagiung-jagung sementara menanti padi masak
|
Sementara
menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
|
Baik
membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
|
Semakin
berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
|
Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
|
Bersusah
payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
|
Berkatakanlah
besar walaupun pahit
|
Berterus-terang
demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
|
Berpeluk
tubuh
|
Berdakap
tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
|
Berpeluk
tubuh
|
Hanya
memandang dari jauh sahaja, tidak melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
|
Bersatu
teguh bercerai roboh
|
Kalau
kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai,
kita akan menjadi lemah.
|
Bersekutu
bertambah mutu
|
Bekerjasama
antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
|
Bertangguh
itu pencuri masa
|
Melakukan
kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
|
Besar
hati
|
Bangga,
gembira, bongkak, sombong
|
Biar
putih tulang jangan putih mata
|
Lebih
baik mati daripada menanbggung malu
|
Buah
fikiran
|
Pendapat
|
Buah
hati
|
Orang
yang dikasihi
|
Buah
mulut
|
Percakapan
orang,
|
Buah
tangan
|
Hasil
pekerjaan; barang yang dibawa daripada perjalanan; ole-ole
|
Bulat
hati
|
Lurus
hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
|
Dalam
tangan
|
dalam
kekuasaan seseorang
|
Darah
daging
|
Anak
atau orang yang mempunyai pertalian darah
|
Darah
panas
|
Pemarah,
lekas marah
|
Diam-diam
ubu berisi, diam-diam besi berkarat
|
Diam
orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia
sahaja
|
Hancur
hati
|
Sedih;
putus asa
|
Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
|
Orang
yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia
telah mati.
|
Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
Jika
dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya
|
Hidup
ini satu perlumbaan
|
Dalam
kehiduoan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan
berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
|
Hidup
segan mati tak mahu
|
Orang
yang hidup melarat
|
Indah
khabar daripada rupa
|
Khabar
mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan
|
Jauhari
juga yang mengenal manikam
|
Hanya
orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu
|
Kaki
ayam
|
Tidak
berkasut atau berselipar
|
Kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
|
Mengajar
seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan
berhasil lagi.
|
Kalau
kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
|
Kalau
pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
|
Kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
|
Tidak
tercapai cita-cita jika tidak berusaha
|
Kancil
juga lupakan jerat
|
Orang
mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
|
Kata
dikota
|
Janji
mesti ditunaikan
|
Kata-kata
yang lebih tajam daripada mata pedang
|
Perkataan
yang dituturkan lebih menyakitkan
|
Kebudayaan
sendi perpaduan
|
Kebudayaan
menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa
|
Kecil
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Pengetahuan
dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
|
Makan
angin
|
Bersiar-siar
untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
|
Manis
jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang
|
Yang
nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan
lekas ditolak.
|
Masa
itu emas
|
Masa
sangat berharga
|
Membaca
jambatan ilmu
|
Ilmu
pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
|
Mencari
akal
|
Berusaha
mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
|
Muafakat
membawa berkat
|
Sesuatu
kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu
yang baik.
|
Nasi
sudah menjadi bubur
|
Perbuatan
yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
|
Otak
yang cerdas ada pada badan yang sihat
|
Dengan
kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
|
Padang
jarak padang terkukur
|
Padang
atau tanah luas yaditinggalkan
|
Putih
mata
|
Berhiba
hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
|
Putus
asa
|
Habis
harapan (tiada harapan lagi
|
Rezeki
kalau secupak takkkan jadi segantang
|
Sesuatu
sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
|
Ringan
mulut
|
Peramah,
lancar dan fasih tutur katanya
|
Ringan
tulang
|
Rajin
bekerja, tangkas
|
Sayang
akan tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
|
Anak
yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong
|
Sepakat
membawa berkat
|
Sesuatu
pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil
yang baik
|
Seperti
enai dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
|
Tidak
muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing
sahaja
|
Seperti
lipas kudung
|
Selalu
bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat kerja
|
Sudah
terhantuk baru terngadah
|
Sesudah
terkena baru beringat-ingat
|
Tajam
akal
|
Mudah
menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
|
Tali
barut
|
Orang
yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain), barua
|
Tangan
terbuka
|
Suka
menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
|
Tangan
yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
|
Walaupun
bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan untuk
membangunkan negara
|
Tempat
jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain
|
Tempat
berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat
berlakunya peristiwa manis.
|
Terang
hati
|
Terang
fikiran; mudah mengerti
|
Tulang
empat kerat
|
Anggota
badan
|
Ukur
baju di badan sendiri
|
Tiap-tiap
pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
|
Umpama
telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya
|
Orang
yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya.
|
CONTOH SOALAN PERIBAHASA UPSR
No comments:
Post a Comment